suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Hasnita pengerusi baharu Mara

Dr Hasnita Hashim.

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Dr Hasnita Hashim sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), bersama enam ahli lembaga pengarah yang baharu.

Dr Hasnita mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Nuklear Fizik dari Universiti Oxford ketika ini merupakan Pengerusi Maybank Asset Management Group dan ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad.

Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam pengurusan kewangan global dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.

Dr Hasnita memulakan kerjayanya sebagai aktuari di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari. 

Beliau juga merupakan ahli Institute of Actuaries.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan ahli majlis Mara yang baharu, Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak, Dr Nungsari Ahmad Radhi, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Zakri Khir.

Semua pelantikan berkua tkuasa 1 Oktober ini.

Mara, Dr Hasnita Hashim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain