suria

Rewcastle Brown lancar buku dedah rasuah di Malaysia

Clare Rewcastle Brown.

PETALING JAYA: Individu utama di sebalik laman web penyiasatan Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown melancarkan sebuah buku mengenai pengalamannya dalam mendedahkan rasuah di Malaysia.

Buku yang juga dikenali sebagai Sarawak Report itu, secara rasmi diperkenalkan di Malaysia pada Sabtu semasa lawatan ketiga Rewcastle Brown di sini sejak pilihan raya umum 9 Mei.

Rewcastle Brown, 58, yang merupakan anak kelahiran Sarawak itu menyatakan bahawa beliau menulis buku berkenaan atas dasar rakyat Malaysia dan nekad untuk menerbitkannya, walaupun pernah ditolak oleh penerbit United Kingdom (UK) yang enggan menerbitkan buku tersebut selepas sebuah firma undang-undang mewakili ahli perniagaan, Low Taek Jho mengancam mereka dengan "ganti rugi besar" beberapa minggu lalu.

"Saya berpendirian untuk menerbitkan buku ini kerana saya percaya kebenaran dan kepentingan awam didahulukan, dan saya percaya anda juga begitu.

"Firma undang-undang itu telah menghubungi penerbit-penerbit di UK dan cuba menakut-nakutkan mereka daripada menerbitkan buku ini, dan penerbit berkenaan telah menarik diri daripada penerbitan di UK.

"Tetapi saya memutuskan untuk tidak berhenti daripada menerbitkan buku ini hanya kerana penerbit saya takut.

"Berita baiknya adalah anda masih boleh mendapatkan buku ini di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran dan sesi menandatangani buku di sini.

Buku tersebut diterbitkan dan diedarkan oleh penerbit Malaysia, Gerakbudaya Enterprise.

Clare Rewcastle Brown

Artikel Sebelum

Halimey menang PRK Seri Setia

Artikel Berikut

Artikel Lain