suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahril lapor diri hari pertama di Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR: Datuk  Shahril Ridza Ridzuan  memulakan tugasnya sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd.

Beliau yang tiba di pejabat Khazanah Nasional di  Kuala Lumpur City Centre pada  8.50 pagi, disambut oleh para pegawai cabang dana pelaburan kerajaan itu.

Shahril yang sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Azman Mokhtar.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ialah penegrusi baharu dana kekayaan negara itu, menggantikan, Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan pada 31 Mei.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh, dan Goh Ching Yin turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah.

Ini berikutan peletakan jawatan beramai-ramai oleh sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah termasuk Azman pada 26 Julai, bagi memudahkan peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baharu. -Bernama

Datuk Shahril Ridza Ridzuan

Artikel Lain