Jemaah haji hadapi dugaan ribut pasir di Makkah

-foto AP

PETALING JAYA: Umat Islam yang sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah berdepan ujian ribut pasir.

Perkara itu turut dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang berada di sana melalui laman Instagramnya, awal pagi Isnin.

"Masih di Makkah menanti perjalanan ke Arafah. Ribut pasir sebentar tadi di Makkah dan gambar di Arafah. Kami terpaksa menangguhkan perjalanan...doakan kami.." tulisnya.

Sementara itu kejadian ribut pasir yang jarang berlaku ketika musim panas di Makkah turut membadai penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk berwukuf di Padang Arafah lewat petang semalam, lapor BH Online.

Angin kencang itu merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah di Arafah.

Ia bermula ketika matahari mulai terbenam kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan jemaah haji tiada persediaan serta tidak menyangka kawasan itu akan dibadai ribut.

Bagaimanapun ribut yang melanda tidak menggugat semangat jemaah haji untuk melakukan wukuf apabila menganggap hujan yang dialami sebagai satu rahmat dan ujian dalam menunaikan ibadat haji.

Ketua rombongan jemaah Tabung Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata semua jemaah Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, pihak berkuasa Arab Saudi terpaksa memotong sementara bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan ketika ribut melanda di antara jam 6.30 petang hingga 8.30 malam demi memastikan keselamatan jemaah haji.

"Sebahagian khemah yang rosak akibat bencana itu sedang dibaiki oleh pihak berkuasa.

"Bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan dipulihkan secara berperingkat mulai jam 10.45 malam," katanya.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia mula tiba secara berperingkat untuk berwukuf di Arafah mulai pagi semalam, bagi menyertai kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berhimpun di sini yang menjadi rukun dalam ibadat haji.

ribut pasir, Makkah, Arafah

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain