Polis nafi kelab malam di KL tak diperiksa lebih 30 tahun - Semasa | mStar

Polis nafi kelab malam di KL tak diperiksa lebih 30 tahun

Shaharuddin Abdullah.

KUALA LUMPUR: Polis menafikan sebuah kelab malam yang diserbu baru-baru ini, tidak diperiksa oleh pihak berkuasa sejak lebih 30 tahun.

"Polis Dang Wangi telah membuat pemeriksaan ke atas premis berkenaan pada 28 Julai lalu," kata ketua polis daerah, Asisten Komisioner Shahruddin Abdullah ketika ditemui pada kempen kesedaran mengenai dadah di pangsapuri Sri Selangor pada Ahad.

Beliau menambah, pemeriksaan dan serbuan dilakukan secara rutin di kawasan itu, membabitkan hampir 300 pusat hiburan.

Sebuah kelab malam dekat Jalan Sultan Ismail itu diserbu pada malam 17 Ogos lalu dalam satu operasi bersama pihak berkuasa.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikshan dipetik oleh akhbar harian sebagai berkata, lesen kelab tersebut tidak diperiksa sejak lebih 30 tahun.

kelab malam

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan