suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaedah 'water-bombing' ditingkatkan untuk padam kebakaran hutan

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak di sini meningkatkan operasi 'water-bombing' untuk memadamkan kebakaran api di hutan Kuala Baram.

Kebakaran itu turut memburukkan lagi keadaan jerebu, mengikut rekod paras Indeks Pencemaran Udara adalah pada 113, Ahad pagi.

Bacaan antara 0-50 dianggap bagus, 51-100 sebagai sederhana dan 101-200 adalah tidak sihat.

Ketua Bomba Miri, Supritendan Law Poh Kiong berkata unit udara bomba akan menjatuhkan lebih banyak air untuk mengawal api daripada merebak.

"Semalam, kami melakukan 70 pusingan 'water-bombing'.

"Pagi ini, kami masih meneruskan operasi sama," kata beliau.

Anggota bomba turut berada di darat untuk memadam api di atas tanah gambut.

Kejadian kebakaran di Kuala Baram itu merupakan satu daripada beberapa kawasan yang terbakar di seluruh negeri tersebut.

Pihak berkuasa turut bimbang dengan keadaan jerebu yang berpunca dari Kalimantan, Indonesia.

Kawasan titik panas kebakaran itu boleh dikesan sejauh 100 kilometer di atas bumi dengan menggunakan satelit. - The Star

jerebu, kebakaran hutan

Artikel Lain