suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Kabinet Bayangan - Zahid

KUALA LUMPUR: Pembangkang tidak akan membuat 'Kabinet Bayangan', kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya beliau berkata, ahli-ahli Parlimen akan diperuntukkan portfolio bagi memberi tumpuan kepada perkara yang khusus untuk dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

"Kita telah membuat senarai ahli Parlimen pembangkang di bawah Barisan Nasional dan PAS untuk menumpukan portfolio tertentu.

"Kita telah berikan senarai ini kepada ahli-ahli Parlimen. Apa yang kita lihat, perbahasan akan lebih baik dengan ahli-ahli Parlimen yang dipilih mempunyai pengetahuan terhadap topik-topik yang khusus.

"Bagaimanapun, mereka bebas untuk menyentuh isu-isu lain, kerana kita telah berjanji untuk menjadi pembangkang yang konstruktif," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Ditanya mengapa tidak diadakan Kabinet Bayangan, Ahmad Zahid berkata, tiada keperluan mengenainya.

"Itu namanya Kabinet angan-angan," katanya.

Artikel Lain