suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib dipanggil SPRM lagi

Gambar fail Najib Tun Razak. Foto Reuters

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disoal siasat.

Sumber SPRM mengesahkan bahawa mereka meminta Najib untuk hadir ke pejabat mereka di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang Selasa.

Bagaimanapun, mereka enggan mengulas ketika ditanya mengapa bekas perdana menteri itu dipanggil sekali lagi.

Tidak dipastikan sama ada beliau diminta hadir ke pejabat SPRM untuk disoal siasat berhubung siasatan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau kes SRC International.

Terdahulu pada Selasa, beberapa gambar kenderaan Najib meninggalkan kediamannya di Langgak Duta tular, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa, membabitkan wang dari 1MDB.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan berkenaan membabitkan wang berjumlah RM42 juta yang didakwa dari SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Artikel Berikut

Artikel Lain