Tun M cadang bina taman tema di Langkawi

LANGKAWI: Taman tema dapat menjadi satu lagi produk yang boleh dimajukan di Langkawi untuk menarik lebih ramai pelancong sepanjang masa di pulau ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pulau ini masih mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan bagi memulakan projek seumpama ini dan beberapa syarikat Malaysia sudah menunjukkan keupayaan untuk melaksanakannya.

“Ramai sudah memasuki bidang ini (mengusahakan taman tema) dan mereka telah berjaya mendapat sambutan yang baik,” katanya ketika berucap merasmikan Langkawi Nature Park, sebuah taman semulajadi yang menjadi tarikan pelancongan terbaharu di pulau ini.

Menurutnya penganjuran acara-acara antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima) yang diadakan sejak 1990-an telah berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai tetapi ini hanya berlaku dalam beberapa hari sahaja.

“Lima hanya diadakan untuk empat hari sahaja. Kita mahukan projek pelancongan yang boleh menarik ramai pelancong sepanjang tahun dan ini dapat dilakukan melalui projek taman tema,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata kerajaan pimpinannya  mempunyai beberapa perancangan untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau ini.

Antaranya  penyediaan kemudahan untuk produk pelancongan di kawasan pergunungan dan pulau di sekitar Langkawi.

Beliau berkata kawasan paya bakau di sini juga menjadi tarikan yang unik dan perlu disediakan dengan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan pelancong menikmatinya.

“Kawasan mangrove (paya bakau) ini akan kita cuba terus kekalkan tetapi kita perlu adakan banyak lagi kemudahan untuk pelancong. Kalau (paya bakau ini) menarik tetapi tidak dapat dilihat, tiadalah gunanya,” katanya.

Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, turut dibawa  melawat sekitar kawasan taman itu yang memiliki lebih 80 spesies haiwan dari dalam dan luar negeri.  -- Bernama 



Langkawi, Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain