Dr Shaharuddin meninggal dunia - Semasa | mStar

Dr Shaharuddin meninggal dunia

PETALING JAYA: Ahli Dewan Negeri (DUN) Seri Setia, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya, petang Khamis.

Setiausaha Kanan Allahyarham, Zafrullah Aris dalam satu kenyataan berkata jenazah Shaharuddin,55, akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Pinggiran Putra, Kajang, dan urusan pengebumian akan dilakukan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Borhan Aman Shah berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pagi esok di Masjid Kampung Limau Manis, Kajang dan kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof Dr Shaharuddin. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan hamba Allah yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan Shaharuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Laporan itu turut mendakwa bahawa bekas timbalan naib canselor Universiti Selangor itu menghidap kanser usus tahap empat.

Bagaimanapun, keluarga Allahyarham menafikan sekeras-kerasnya laporan media itu dan menyatakan bahawa Shaharuddin sedang berehat setelah menjalani rawatan dan akan bercuti selama sebulan sebelum kembali semula bertugas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Shaharuddin yang juga Naib Presiden PKR memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya daripada BN, PAS dan Bebas.

Beliau kemudian dilantik menjadi anggota Exco kerajaan negeri dan mengangkat sumpah jawatan pada 14 Mei lepas.

Shaharuddin meninggalkan seorang isteri, enam orang anak dan seorang cucu.- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain