suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan akan mansuhkan Sosma

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menurutnya, akta tersebut disifatkan sebagai zalim tanpa memberikan hak kepada pesalah untuk diadili.

Katanya, rakyat seharusnya dilindungi oleh undang-undang yang adil.

"Akta ini membolehkan tangkap siapa sahaja tanpa bawa ke mahkamah.

"Undang-undang ini akan dimansuhkan dan selepas ini sesiapa yang dituduh bersalah akan diadili terlebih dahulu di mahkamah," katanya dalam majlis makan malam sempena mengumpul dana untuk Tabung Harapan Malaysia di Idela Convention Center (IDCC), Ahad malam.

Sosma diluluskan oleh Dewan Rakyat pada April tahun lalu dan dikuatkuasakan bagi menahan individu disyaki terbabit dalam aktiviti mengancam keselamatan negara selama 28 hari, tanpa dihadapkan mahkamah.

Usul itu diluluskan menerusi proses undi belah bahagi dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika itu mengumumkan sebanyak 77 undi menentang dan seramai 93 Ahli Parlimen menyokong.

Kata Dr Mahathir, banyak undang-undang yang dibuat pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekan rakyat.

"Akta (Sosma) ini juga tidak adil kerana sesiapa yang didapati bersalah dab meninggal selepas ditangkap, tiada inkuiri untuk mereka.

"Rakyat selepas ini akan dilindungi oleh undang-undang yang adil dan tidak lagi seperti zaman Najib," katanya.-Sinar Harian

Sosma, Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain