suria

Tumpahan minyak bukan punca nahas Adun Balakong

Gambar fail Eddie Ng Tien Chee.

KUALA LUMPUR: Kemalangan yang menyebabkan kematian Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee bukan berpunca daripada tumpahan minyak di jalan raya, kata polis.

Menyangkal khabar angin yang tersebar media sosial dan melalui WhatsApp, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, kesan minyak yang terdapat di lokasi kejadian adalah disebabkan kemalangan tersebut.

"Saya mengesahkan tumpahan minyak berlaku selepas kemalangan itu," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mendiang yang memandu kenderaan jenis Nissan x-Trail dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, maut selepas melanggar belakang sebuah lori di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Tien Chee maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Adun DAP itu berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

Artikel Berikut

Artikel Lain