suria

"Proton SUV sangat bagus"

PETALING JAYA: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) keluaran terbaharu Proton mendapat pujian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia sangat bagus. Saya mendapati kualitinya tinggi dan saya fikir ia kerata yang bagus untuk pasaran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor dekat sini.

Dalam catatan di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir berkata beliau berpeluang memandu sendiri Proton SUV tersebut yang belum dilancar semasa kunjungan wakil DRB-Hicom dan Geely Group ke pejabatnya, Jumaat lalu.

Proton SUV yang berdasarkan model Geely Boyue SUV, dilaporkan akan dilancarkan pada Oktober depan.

Dr Mahathir berkata beliau memberitahu Pengerusi Kumpulan Geely Li Shufu walaupun Proton mungkin diuruskan kumpulan itu, Malaysia perlu membekalkan komponen kenderaan itu.

"Kami mahu Li membawa pengilang dari China untuk membantu pengeluar Malaysia menerusi usahasama.

"Jika tidak, mereka akan membawa komponen dari negara luar dan vendor di Malaysia perlu ditutup dan itu tidak adil dan dia bersetuju," kata Dr Mahathir.

Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri menegaskan terma sedia ada bagi kontrak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu dirunding semula.

"Jika kerajaan berjaya mengadakan rundingan lebih baik untuk pembinaan ECRL, maka projek itu akan diteruskan," katanya.

Proton SUV, Tun M

Artikel Lain