suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tabung Harapan cecah hampir RM110 juta

SHAH ALAM: Belum sampai sebulan dilancarkan, Tabung Harapan Malaysia berjaya mencapai kutipan RM108 juta setakat jam 3 petang, Isnin.

Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Ini turut bermakna sebanyak RM15 juta telah disumbangkan rakyat Malaysia dalam tempoh sehari untuk mencapai jumlah RM108,215,946.39 hari ini berbanding RM92,692,933. 35 juta semalam.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada tabung tersebut hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Rakyat yang ingin menyumbang kepadaTabung Harapan Malaysia boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.-SinarHarian
Tabung Harapan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain