suria

Papagomo kini Exco Pemuda Umno

PETALING JAYA: Penulis blog, Papagomo dipilih sebagai salah seorang pemimpin dalam barisan Exco Pemuda Umno yang baharu bagi penggal 2018-2021.

Perkara tersebut diumumkan menerusi akaun Twitter pemantau Umno 2018 @PemilihanUmno2018, petang Ahad.

Berikut adalah senarai penuh barisan Exco Pemuda Umno yang baharu:

Barisan Exco Pemuda Umno Malaysia

1. Hasmuni Hassan

2. Azril Rizal Yusof Mohd Sarit

3. Lassim Burhan

4. Muhammad Faiz Hashim

5. Ikmal Hazlan Ikmal Hashim

6. Afriz Mohd Noor

7. Rizan Aziz

8. Mohamad Amin Othman

9. Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin

10. Mustafa Shah Abdul Hamid

11. Najmil Faiz Mohamed Aris

12. Rais Yasin

13. Mohd Adha Zainal Aznam

14. Syed Atif Syed Abu Bakar

15. Mohamad Faizal Sufar

16. Wan Muhammad Azri Wan Deris

17. Mohamad Fazly Zainudin

18. Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

19. Andi Muhammad Suryady Bandy

20. Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 35, turut memuatnaik keputusan tersebut di laman Twitternya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui jawatan tersebut.

"Terima kasih kepada seluruh perwakilan yang mengundi saya. Kepercayaan dan mandat yang diberikan ini akan saya jayakan demi perjuangan kita semua," katanya menerusi Twitter.

Papagomo merupakan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju dari 2013 hingga 2018 dan Presiden NGO Malaysia Bumiputra Brotherhood dari 2014 sehingga kini.

Terdahulu, beliau memberi bayangan bahawa beliau memenangi jawatan tersebut apabila memuat naik gambar beserta ucapan terima kasih di laman Instagramnya sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Papagomo, Pemilihan Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain