Kak Long reda, cubaan tak menjadi - Semasa | mStar

Kak Long reda, cubaan tak menjadi

Nurulhidayah Ahmad Zahid.

PETALING JAYA: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid gagal mengisi barisan Exco Wanita Umno bagi penggal 2018-2021.

Nurulhidayah yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Long menerusi laman Instagramnya menyatakan rasa akur dengan kekalahan itu.

"Assalammualaikum.Terima kasih atas sokongan dan doa kawan-kawan. Tiada rezeki buat saya dalam pemilihan kali ini untuk berdiri sebaris dengan barisan Exco Wanita Umno.

"Perjuangan harus tetap diteruskan! Bagi saya, menang kalah adalah adat dalam pertandingan, malahan inilah perancangan yang terbaik dari Allah yang telah tertulis buat saya.

"Memetik kata-kata dari seorang sahabat, keberanian untuk menjadi calon dan bertanding adalah permulaan kepada kemenangan. Inshaa-Allah," kata Nurul menerusi kenyataan di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Nurul mencadangkan agar pengundian pucuk pimpinan melibatkan keseluruhan ahli Umno bagi merakyatkan parti itu.

"Suka saya mencadangkan kepada pucuk pimpinan, sebagai langkah untuk Umno baharu, merakyatkan Umno adalah langkah yang perlu di pertimbangkan dimana, pengundian pucuk pimpinan perlu melibatkan keseluruhan ahli Umno," katanya.

Beliau berkata cadangan tersebut sedikit sebanyak akan membuang terus budaya politik wang dalam kalangan ahli Umno.

"Malah Umno juga akan dilihat sebagai sebagai parti yang lebih telus. Insha-Allah," katanya.

Nurulhidayah merupakan calon No. 24 yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Kak Long bidas KJ, pertahan bapa

Lebih Artikel

Ulat tiket: Jangan beli!