"Esok ada cerita menarik untuk dikongsi..." - Ketua Pesuruhjaya SPRM - Semasa | mStar

"Esok ada cerita menarik untuk dikongsi..." - Ketua Pesuruhjaya SPRM

Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada Isnin melapor diri di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Beliau melapor diri dan memasukkan kad perakam waktu di ibu pejabat pada pukul 10.29 pagi.

Ditanya media adakah beliau berasa gembira kembali semula ke SPRM, beliau menjawab: " Ia sangat mencabar bagi saya".

Katanya untuk hari ini beliau akan mengadakan taklimat dengan para pegawai SPRM.

"Esok saya akan adakan taklimat dengan para media ada cerita menarik untuk dikongsi..pengalaman saya," katanya.

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum beliau bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan SPRM dan sudah melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.
-Bernama

Mohd Shukri Abdull , SPRM

Artikel Sebelum

Penjawat awam Melaka distruktur semula

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan