suria

'Beri Anwar masa untuk pulih'

Tun Dr Mahathir ketika melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras petang Sabtu.

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan masa bagi proses penyembuhan sebelum beliau kembali aktif dalam politik.

Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada tempoh masa ditetapkan untuk proses tersebut.

"Tunggu dia baik dulu barulah angkat sumpah setia pada negara. Biar proses itu berlaku sebelum Anwar ambil bahagian secara aktif.

"Tengoklah berapa lama kerana kerana saya kira biarlah proses peralihan kuasa itu berlaku dengan aman. Berilah masa untuk proses pemulihan," katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan Anwar bagi membolehkannya mengambil alih jawatan perdana menteri.

Anwar kini masih meneruskan fisioterapi bagi bahu kanannya di Hospital Rehabilitasi Cheras setelah menjalani pembedahan November lalu.

Anwar mengalami kecederaan kecil di bahagian bahunya pada setelah kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 22 September 2017. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain