TMJ bersuara pertahan Muafakat Johor - Semasa | mStar

TMJ bersuara pertahan Muafakat Johor

PETALING JAYA: "Muafakat itu berkat," kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kenyataan ringkas itu dimuat naik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, kelab bola sepak miliknya.

Kata-kata itu menarik minat netizen yang menganggap ia seolah-olah dikaitkan dengan tindakan Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Osman Sapian berkenaan penukaran moto Muafakat Johor kepada Harapan Johor.

Dalam status itu juga, Tunku Ismail menegaskan slogan tersebut digunakan sejak sekian lama iaitu sejak tertubuhnya negeri Johor pada 1885.

Setakat pukul 9.30 malam ini, status itu mendapat kira-kira 7,600 tanda likes dan 1,300 komen netizen.

Pada Sabtu, Osman berkata moto 'Muafakat Johor' yang digunakan kerajaan negeri sebelum ini akan ditukar bagi mengikut acuan dan cara kepimpinan Pakatan Harapan.

"Muafakat Johor akan ditukar kepada Harapan Johor dan 'Team Johor' juga tidak diguna pakai sebaliknya pentadbiran baharu ini dikenali Pakatan Harapan Johor," katanya pada sidang media, Sabtu.

Bagaimanapun, Osman berkata, kepimpinannya masih menghormati istilah Bangsa Johor yang wujud sejak dulu lagi.

"Apa salahnya dengan istilah Bangsa Johor. Semua yang lahir di Johor, kita adalah Bangsa Johor. Lagu negeri ini juga bertajuk Lagu Bangsa Johor," katanya.

TMJ , Muafakat Johor

Artikel Sebelum

Rafidah akui Tony jadi mangsa

Artikel Berikut

Empat lagi Adun BN sokong Shafie

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut