suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mat Dan dikurnia bayi lelaki

PETALING JAYA: Personaliti televisyen Mat Dan telah berkongsi kegembiraan bersama peminat apabila kini bergelar bapa kepada cahaya mata lelaki.

Pengacara rancangan Haramain Backpackers itu  menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lalu.

Berita tersebut dikongsi oleh hos program Mat Dan Kaki Jalan itu menerusi entri di laman Instagram miliknya pada Sabtu dan mendapat lebih 100,000 tanda suka.

Menerusi entri tersebut, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.

"Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.

"Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga," tulis Mat Dan di ruangan kapsyen.

Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.












Mat Dan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain