suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shafie jadi Ketua Menteri Sabah, Musa tinggalkan Sri Gaya

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada pukul 9.30 malam Sabtu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini.

Upacara angkat sumpah itu berlaku kurang daripada 48 jam Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Majlis tersebut dijangka akan menjadi pertarungan perlembagaan undang-undang memandangkan Sabah memiliki dua ketua menteri buat masa ini. 

Terdahulu, para pemberita yang tiba di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada pukul 8 malam tidak dibenarkan untuk mendekati rumah tersebut.

Pihak polis di kediaman itu berkata, kakitangan Musa sedang mengemas barangannya.

Lima minit kemudian, Musa dilihat meninggalkan kediaman itu dengan menaiki kereta rasmi bersama kereta iringan.

Ketika ditanya, polis di kediaman tersebut memaklumkan bahawa Musa tidak akan ke Istana Negeri, tetapi ke kediaman peribadinya.

Pada pukul 8.30 malam pula, mereka mengesahkan kediaman rasmi tersebut sudah kosong.

Bagaimanapun, Musa pada pukul 7 malam mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih belum meletakkan jawatan sebagai ketua menteri.

Shafie Apdal, Musa Aman

Artikel Lain