suria

Musa nafi letak jawatan Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman menafikan  laporan kononnya beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu dilantik.

Musa juga berkata tiada sesiapa dalam anggota kabinet negeri yang baharu dilantik meletakkan jawatan.

“Biar saya jelaskan untuk rekod bahawa tiada sesiapa yang meletakkan jawatan sama ada saya,  mahupun anggota kabinet negeri. Bahkan, saya baharu saya mempengerusikan mesyuarat pertama kabinet negeri selepas tamat pilihan raya umum,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu malam.

Musa mengulas pelbagai kenyataan dalam media sosial dan media arus perdana yang mendakwa bahawa beliau telah menetakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.

Musa yang juga pengerusi  Barisan Nasional (BN) negeri berkata  beliau serta anggota kabinet negeri  telah mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing pada 10 Mei setelah BN dan Parti Solidariti Tanah Airku bersetuju menubuhkan kerajaan campuran dengan majoriti mudah sebanyak  31 kerusi.-—Bernama


Musa, Sabah

Artikel Lain