suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hishammuddin setuju tukar!

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersetuju dengan pendapat ahli parti untuk mengembalikan maruah parti keramat itu melalui kepimpinan baharu.

"Saya bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa Umno memerlukan kepimpinan baharu.

"Ia harus dilakukan dengan tertib supaya parti boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter, Sabtu.

Namun, beliau berpesan agar ahli Umno agar tidak bertindak mengikut emosi dan melakukannya demi masa hadapan dan kesatuan parti itu. 

Jelas beliau, perkara itu telah disampaikan kepada setiap pucuk pimpinan termasuk sayap-sayap dalam parti.

"Saya menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat mengizinkan kita melaksanakannya dengan segera. 

"Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara Umno," ujarnya.

Hishammuddin Hussein

Artikel Sebelum

Perak akhirnya milik PH

Artikel Berikut

Artikel Lain