suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar bebas minggu depan

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara, minggu depan.

Terkini, tempoh masa pembebasan Anwar itu telah dimaklumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga pengarah komunikasi PKR mengesahkan perkara itu kepada The Star, petang Sabtu.

Sebelum itu, anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar memaklumkan kepada media asing bahawa bapanya dijangka bebas Selasa ini.

Berita sama turut disiarkan beberapa media tempatan.

"Ya," kata Nurul Izzah melalui mesej teks kepada Malaysiakini apabila diminta mengesahkan sama ada Anwar akan dibebaskan pada Selasa atau tidak.

Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat - satu tuduhan yang ditegaskan oleh beliau serta penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

Ketika ini, Anwar sedang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Sebelum ini, Perdana menteri yang baharu dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usaha sedang dilakukan bagi membebaskan Anwar secara serta-merta selepas memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan proses pembebasan Anwar mungkin mengambil masa kira-kira seminggu.

"Ketika ini perlu dikaji dari aspek perundangan, dokumentasi dan peraturan penjara," katanya.

Anwar, PKR, Nurul Izzah

Artikel Berikut

Artikel Lain