suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mukhriz angkat sumpah jadi Menteri Besar Kedah

Gambar dari Facebook Mukhriz Mahathir FC.

ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dan memimpin pembentukan kerajaan negeri oleh Pakatan Harapan (PH).

Upacara angkat sumpah itu diadakan di Istana Anak Bukit di hadapan Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada pukul 4 petang Jumaat.

Sidang media oleh menteri besar baharu itu dijadualkan akan diadakan dekat Hotel Tabung Haji di sini selepas upacara tersebut.

Parti PH di negeri itu memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sempena PAS pula memenangi 15 kerusi dan BN pula tiga kerusi.

Tiada parti yang memenangi majoriti mudah 19 kerusi pada Pilihan Raya Umum yang diadakan pada 9 Mei bagi membentuk kerajaan negeri.

Mukhriz yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negeri itu buat kali kedua.

Pada 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ketika masih bersama Barisan Nasional (BN), tetapi disingkirkan pada 2016 apabila jawatankuasa eksekutif negeri sebulat suara mengisytiharkan telah kehilangan keyakinan terhadap kepimpinannya.

Mukhriz Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain