suria

Calon DUN Pilah kecewa

Penularan berhubung pemberian sagu hati atau hadiah sekiranya anak muda pulang mengundi di Dun Pilah.

KUALA PILAH: Kebelakangan ini, tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung pemberian  hadiah jika pengundi muda pulang ke kampung untuk mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah.

Mengikut tular tersebut, pemberian sagu hati atau hadiah akan disampaikan calon Barisan Nasional (BN) N18 Pilah, Datuk Norhayati Omar.

"Perkara ini tidak benar sama sekali dan saya menafikan sekeras-kerasnya.

"Saya berasa sangat kecewa perkara ini berlaku dan saya mohon rakan-rakan Facebook saya untuk hebahkan tentang perkara yang tidak benar ini supaya tiada sesiapa yang akan tertipu dengan penularan itu," katanya, Jumaat.

Gambar yang memaparkan Norhayati itu turut menggunakan logo BN dan bendera Negeri Sembilan.

Ia turut memaparkan perkataan kepada pengundi anak muda sekiranya pulang mengundi, mereka akan diberi sagu hati atau hadiah.

“Sekiranya orang ramai masih menerima maklumat dan musykil atau terdengar berita yang tidak sahih, boleh hadir ke Pusat Gerakan Dun Pilah dan berjumpa dengan wakil-wakil saya.

“Saya mengambil kesempatan ini, untuk memohon kepada pengundi-pengundi Dun Pilah agar memberi sokongan supaya saya boleh terus menyumbang bakti dan menjaga kebajikan rakyat Pilah,” katanya.-SinarHarian

Artikel Berikut

Artikel Lain