suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis ambil keterangan pemilik kereta Proton Saga

Mohamad Fuzi Harun.

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan pemilik kenderaan sewa dipercayai digunakan suspek pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh, selepas kenderaan itu dilaporkan ditinggalkan di Ampang Hilir, dekat sini Khamis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata identiti penyewa kenderaan itu juga telah dikenal pasti namun enggan mengulas dan mendedahkan butiran lanjut mengenai kedua-dua individu berkenaan.

“Semua tindakan sewajarnya telah dilaksanakan cuma lokasi dan jenis kenderaan saya tidak dapat dedahkan kerana siasatan sedang dijalankan.

“Jika ada laporan menyatakan kenderaan terlibat jenis Proton Saga, saya tak boleh beritahu kerana ada juga jenis kenderaan lain yang dipercayai digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program keagamaan Buddha sempena sambutan Hari Polis ke-211, di Samadhi Vihara, Seksyen U12, di sini Jumaat.

Pada Jumaat media melaporkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang disyaki digunakan suspek kes pembunuhan untuk melarikan diri, ditinggalkan di Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang, Khamis. - BERNAMA

Dr Fadi, Proton Saga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain