Tujuh Ahli Majlis MBPP Letak Jawatan - Semasa | mStar

Tujuh Ahli Majlis MBPP Letak Jawatan

Dari kiri: Syerleena, Ng, Muhammad Bakhtiar, Kumaresan, Gan, Lee dan Ong bergambar bersama Yew (tengah) dan Setiausaha MBPP Addnan Mohd Razali.

GEORGE TOWN: Tujuh ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah meletak jawatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Empat daripada mereka merupakan pemimpin DAP manakala tiga lagi dari PKR.

Empat pemimpin DAP itu adalah Ong Ah Teong, 48, Joseph Ng Soon Siang, 39, Syerleena Abdul Rashid, 38, dan Chris Lee Chun Kit, 36.

Tiga pemimpin PKR yang terlibat adalah A. Kumaresan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Gan Ay Ling, 43.

Datuk Bandar MBPP, Yew Tung Seang berkata ketujuh-tujuh ahli majlis MBPP itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepadanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis di Dewan Bandaraya Pulau Pinang pada Khamis.

Ong yang berkhidmat sejak 2009 akan bertanding di Batu Lancang manakala Ng pula di kerusi Air Itam menggantikan Wong Hon Wai yang kini diletakkan di kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Syerleena dinamakan sebagai calon di Seri Delima menggantikan R.S.N Rayer yang bertanding di kerusi Parlimen Jelutong manakala Lee akan bersaing di kerusi DUN Pulau Tikus.

Kumaresan dan Muhammad Bakhtiar adalah calon di kerusi DUN Batu Uban dan Parlimen Balik Pulau.

Gan berkata beliau akan diletakkan di kerusi DUN Indera Kayangan (Perlis).

"Saya berkhidmat di Pulau Pinang selama dua tahun setengah jadi saya amat rapat dengan penduduk di sini.

"Saya berasa sedih meninggalkan mereka tetapi saya sedia berkhidmat untuk rakyat di Perlis," katanya.

PRU-13 , MBPP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?