suria

Subang gagal ditanggal, bomba datang bantu

KUANTAN: Anggota bomba terpaksa mengambil langkah berhati-hati ketika membantu menanggalkan subang pada telinga seorang bayi perempuan berusia setahun, petang Rabu.

Khidmat khas itu dilakukan di Balai Bomba dan Penyelamat Pekan selepas ibu kanak-kanak berkenaan datang mendapatkan bantuan untuk memotong subang tersebut  selepas gagal untuk ditanggalkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, khidmat khas itu dilakukan lima anggota menggunakan pemotong khas dan mengambil masa kira-kira 20 minit.

Menurutnya, pihaknya terpaksa melakukan kerja-kerja memotong subang pada telinga bayi berkenaan secara berhati-hati bagi mengelak kecederaan. - Sinar Harian