suria

Ibu bapa 12 murid dakwa anak dicabul guru

MIRI: Ibu bapa kepada 12 murid lain di Batu Niah dekat sini tampil membuat laporan polis, mendakwa anak-anak mereka dicabul oleh seorang guru.

Ia susulan selepas guru berkenaan ditahan pada Selasa lalu atas dakwaan mencabul seorang murid berusia lapan tahun.

Ibu bapa kepada sekumpulan kanak-kanak, berusia lapan hingga 11 tahun, membuat laporan di balai polis Batu Niah pada Rabu malam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar pada Khamis.

"Suspek dikatakan telah menjadi mereka sebagai mangsa seksual sejak mereka di Tahun 1 dan Tahun 2," katanya.

"Dia didakwa mengambil gambar mangsa menggunakan telefon bimbitnya.

"Suspek ditahan pada Khamis di sini selama tujuh hari sementara menunggu siasatan," tambah Dev Kumar.

Beliau berkata, polis turut merampas telefon bimbit milik suspek.

Artikel Lain