suria

Tuan Ibrahim antara calon baharu di Kelantan

Tuan Ibrahim Tuan Man.

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan antara 21 calon baharu yang akan bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Tuan Ibrahim yang bukan berasal dari Kelantan akan bertanding untuk kerusi Parlimen Kubang Kerian.

PAS menggugurkan penyandang kerusi Parlimen, Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi Nik Salleh, merupakan calon baharu dan bukan orang tempatan, akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Asuraf Wajdi Dusuki.

Kerusi Parlimen Pasir Mas pula akan ditandingi Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Nik Mohamad Abduh, yang menyandang kerusi Parlimen Pasir Mas, dipindahkan ke Parlimen Bachok dan akan melawan calon BN, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Dalam pengumuman senarai calon di sini pada Rabu), Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, 34 peratus daripada 59 calon berusia di bawah 50 tahun.

Ahmad akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Baru.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain