suria

Ini Parti Pilihan Mahfuz Selepas Keluar PAS

Mahfuz Omar.

KUALA LUMPUR: Teka-teki parti yang menjadi pilihan hati Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sudah terjawab apabila beliau memilih sertai Amanah selepas 45 hari ‘berehat’ sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Mahfuz nekad berundur daripada PAS berkuat kuasa pada 1 Januari  setelah bersama parti Islam itu sejak 34 tahun lalu.

“Saya sudah lama berdepan cemuhan dan tohmahan daripada pimpinan Pas, dahla saya keluar PAS seorang diri tidak seperti rakan-rakan lain keluar berjemaah sertai Amanah dulu.

“Malah Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah kata saya ibarat mayat hidup tunggu nak tanam saja, saya telan semua cemuhan dengan sabar seperti pesanan kedua-dua Allahyarham ibu dan ayah,” katanya ketika sidang media, di Parlimen.

Bekas Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata, tindakannya meninggalkan parti PAS kerana flip flop parti Islam itu yang tidak ada hala tuju politik.

“Saya tinggalkan parti PAS tapi tidak ahli-ahlinya. Saya tetap bersama ahli-ahli PAS dan cuba memahamkan mereka agar terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan,” jelas beliau. - Sinar Online


PAS, Mahfuz Omar

Artikel Lain