suria

Bubar Parlimen Akhir Mac?

KUALA LUMPUR: Tarikh Parlimen akan dibubarkan kini sudah hampir pasti. 

Pembubaran bakal berlaku pada 28, 29 atau 30 Mac ini.

Laporan mengenai persempadanan pilihan raya baharu dijangka akan diberikan kepada semua Ahli Parlimen pada minggu depan, dan akan dibentangkan seawal Isnin.

Berdasarkan majoriti 111 undi daripada 220 ahli Parlimen ketika ini, diperlukan untuk meluluskan usul itu.

Daripada 222 ahli Parlimen, wakil rakyat dari Jelebu, Datuk Zainudin Ismail dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail telah meninggal dunia. 

Zainudin meninggal dunia pada Disember lalu manakala Abdul Manan meninggal dunia bulan lalu.

Hakikatnya, usul tersebut tidak perlu melalui Dewan Negara yang memendekkan masa untuk menguatkuasakan persempadanan semula, menjadi satu lagi sebab pakar politik menyasarkan akhir Mac ini.

Persempadanan semula kawasan Parlimen dan negeri akan dikuatkuasakan sebaik sahaja ia mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Bagi memberi gambaran jelas dan dan tanda-tanda bila pilihan raya mungkin berlaku, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu mengenai urutan peristiwa yang membawa kepada pembubaran Parlimen.

Beliau memaklumkan kepada pengarang-pengarang pada Selasa bahawa sebaik sahaja ahli Parlimen telah membuat perbahasan mengenai titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, menteri-menteri pula akan bergilir membuat kesimpulannya.

"Selepas ini, usul akan dibentangkan. Kemudian, kita akan membincangkan usul mengenai persempadanan semula. Selepas ia dibahaskan dan diluluskan, ia akan diwartakan setelah mendapat perkenan baginda," katanya.

Berikutnya adalah pembubaran Parlimen. Ahmad Zahid berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh untuk hari penamaan calon dan mengundi.


Parlimen, pilihan raya

Artikel Lain