suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Dera: Kanak-Kanak Empat Tahun Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai didera kenalan ibunya di sebuah rumah di Pandan Perdana di sini, meninggal dunia petang Rabu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang sejak Isnin lalu.

Ketika mengesahkan perkara itu kepada Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun pada 1 pagi semalam (Selasa) bagi membantu siasatan kes yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sekarang ini polis sedang mengesan beberapa individu lagi untuk membantu siasatan," katanya, menambah polis sedang menunggu laporan bedah siasat kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian Isnin lepas, mangsa dilaporkan mengalami pendarahan serius di kepala, dipercayai akibat didera, dan dihantar ke hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh dua lelaki tempatan  pada kira-kira 6.30 petang.

kes dera, pandan perdana

Artikel Sebelum

Artikel Lain