Warga Emas Hidup Sebatang Kara, Terlantar Kerana Kanser - Semasa | mStar

Warga Emas Hidup Sebatang Kara, Terlantar Kerana Kanser

CHENDERING: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah yang boleh digambarkan selepas melihat kehidupan seorang warga emas yang hidup sebatang kara dan kini terlantar sakit di rumah pusakanya, di Kampung Batu Enam, Simpang Empat, Chendering.

Mohamed Abdullah, 73, yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai adik beradik kini disahkan menghidap sejenis kanser di bahu, sudah tidak boleh menguruskan dirinya sendiri lagi dan hanya mampu terbaring seperti mayat hidup.

Jika dilihat dari mata kasar, keadaan Mohamed yang terlalu uzur itu memang tidak layak dan tidak patut dibiarkan sendirian.

Menurut pesara kerajaan ini, dia bagaimanapun bernasib baik kerana ada seorang sahabatnya yang sudah dianggap saudara sanggup berkorban menjaganya hari ini, meskipun dalam masa sama, terpaksa menjaga keluarganya.

Sahabat dikenali ‘Pak Din’ inilah yang sanggup menguruskan sepenuhnya kehidupan Mohamed termasuk memandikan, beri makan dan menjaga keperluan hariannya.

“Setiap hari ‘Pak Din’ akan datang dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang untuk mandikan serta suapkan makan.

“Biasanya, sebelum dia hendak tinggalkan saya, dia akan pastikan saya dalam keadaan selesa termasuk lampin pakai buang yang dipakaikan bersih,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Mohamed berkata, dalam keadaan kesihatannya yang semakin terjejas, dia amat memerlukan satu tempat penjagaan agar dapat meneruskan kehidupan lebih baik.

“Kalau saya sihat memang tak boh (tak nak) duduk kat tempat lain kecuali rumah pusaka ini sebab saya memang biasa dah hidup seorang.

“Tapi sekarang saya tak boleh nak uruskan diri sendiri dah, hanya mampu terbaring dan saya tak sampai hati nak susahkan ‘Pak Din’ lagi,” katanya.

Katanya, disebabkan situasi kehidupan sekarang, dia juga terpaksa menangguhkan pembedahan meskipun tahu kanser itu akan cepat merebak.

“Macam mana saya nak suruh doktor bedah, siapa nak jaga saya sepanjang tempoh pemulihan itu,” katanya sayu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Enam, Simpang Empat, Othaman Ibrahim berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menguruskan penempatan Mohamed di rumah pusat penjagaan di bawah seliaan JKM.

“Kita akan berusaha mempercepatkan urusan penempatan Mohamed,” katanya.

kanser , sebatang kara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!