suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Orang Asli Tertusuk Panah Ikan Ketika Memancing

RAUB: Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Orang Asli Hulu Sungai, di sini cedera di tangan kiri selepas tertusuk batang besi panah ikan ketika memancing petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu dari Hospital Raub pada 3.02 petang.

"Bomba menerima panggilan dari Hospital Raub yang memohon bantuan untuk memotong dan mengeluarkan besi panah ikan sepanjang kira-kira 60 sentimeter itu daripada tangan kiri mangsa yang berusia 10 tahun.

"Kita berjaya mengeluarkannya kira-kira setengah jam kemudian menggunakan pemotong besi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata selepas batang besi panah ikan itu dikeluarkan, pihak hospital memberikan rawatan lanjut kepada kanak-kanak terbabit.

tusuk, panah, orang asli

Artikel Lain