suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Bawa Pasukan Bola 'Miri FC' Terbabas

Bas yang membawa pasukan bola sepak 'Miri FC' terbabas awal pagi Ahad. Foto Twitter @bernamadotcom

KOTA KINABALU: Sebuah bas yang membawa pasukan bola sepak 'Miri FC' terbabas di KM34 Jalan Keningau-Papar awal pagi Ahad ketika dalam perjalanan untuk menyertai  perlawanan di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun kesemua 28 penumpang  bas yang dalam perjalanan dari Keningau itu selamat termasuk seorang yang cedera dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan dari Hospital Papar.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, kesemua penumpang  dibawa ke Hospital Papar untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya.

Menurut kenyataan berkenaan, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.55 pagi sebelum menghantar jentera dari Balai Bomba Keningau dan Papar berserta 26 anggota ke lokasi kejadian. - Bernama

Miri FC

Artikel Berikut

Artikel Lain