suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Air Pulih 91.7 Peratus

PETALING JAYA: Bekalan air sedang dipulihkan ke beberapa kawasan di Lembah Klang, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Menerusi kenyataan pada Ahad, ia berkata, status pemulihan adalah 91.7 peratus setakat pukul 7 pagi.

Ia berkata, setiap usaha telah diambil untuk mempercepatkan proses pemulihan tekanan air yang semakin meningkat dan mengembalikan pengagihan air ke kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan.

Setakat ini, bekalan air Hulu Selangor dan Kuala Langat telah dipulihkan sepenuhnya.

Bekalan air di Klang telah dipulihkan 97.3 peratus), Kuala Lumpur (96.8 peratus), Gombak (91.9 peratus) serta Petaling (74.5 peratus).

Kawasan-kawasan yang masih dalam peringkat pemulihan:

Petaling: Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Indah, Taman Impian Indah, PPR Pinggiran Bukit Jalil, Taman Aman Sari, Taman Kiara (Taman Mutiara), Subang Jaya, SS12 hingga SS19, Hyatt Saujana, Zero Lot Temasya Glenmarie, Hicom Glenmarie, Taman Tenaga dan Taman Bukit Kuchai.

Kuala Lumpur: Pandan Cahaya, Bandar Sri Permaisuri, Jln Jelawat, Taman Cahaya, Perumahan Sommerset Close (Jln Yaakob Latiff) dan flat Sri Melaka.

Klang: Shah Alam (Seksyen 16, 17, 19, 20, 21 23, 24, 25), sebahagian Padang Jawa, Telok Menegun, Kg Lombong, Johan Setia dan Bukit Komandol.

Gombak: Bukit Antarabangsa (kondominimum Puncak Anthenum), Jln Wangsa Ukay 5A, Kg Indah Permai dan Kg Tasik Permai.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain