Anwar Dibenar Keluar CCU HKL - Semasa | mStar

Anwar Dibenar Keluar CCU HKL

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataannya pada petang Isnin berkata, keadaan Anwar kini semakin pulih.

"Doktor-doktor telah mengesahkan bahawa beliau telah dibenarkan keluar dari CCU HKL, setelah beliau dimasukkan awal pagi tadi akibat kadar denyutan jantung yang rendah.

"Datuk Seri Anwar kini kembali ke Hospital Rehabilitasi di Cheras untuk terus dipantau doktor serta meneruskan fisioterapi bagi proses pemulihan bahu kanannya," katanya.

Fahmi berkata, PKR mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat serta menjaga kesihatan Anwar di HKL. 

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesihatan Datuk Seri Anwar," katanya.

Terdahulu, Fahmi dalam kenyataan berkata, Anwar dimasukkan ke CCU HKL pada pukul 1 pagi Isnin, dipercayai mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di bahagian bahu kanan.

Tambahnya, Anwar menerima suntikan steroid itu pada Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahan beberapa bulan lalu.

Anwar Ibrahim , HKL

Artikel Sebelum

Neelofa Kekal Ikon Wanita

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain