suria

Dinding Hotel Runtuh, 90 Penghuni Terpaksa Pindah

KUANTAN: Seramai 90 penghuni  sebuah hotel di Bukit Tinggi Bentong dekat sini, terpaksa berpindah pada awal pagi Sabtu selepas sebahagian dinding hotel berkenaan runtuh.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata kejadian pada pukul 2 pagi itu juga menyebabkan seorang lelaki warga emas dan seorang kanak-kanak lelaki cedera akibat terkena serpihan batu.

"Runtuhan melibatkan aras satu blok H hotel itu, kira-kira 84 meter persegi dan semasa kejadian semua penghuni  hotel itu  sedang tidur.

"Bomba telah mengarahkan supaya pengurusan hotel memindahkan semua penghuni di blok terbabit sebagai langkah keselamatan.

"Blok itu juga telah diarahkan ditutup sementara untuk pemeriksaan, sehingga ia disahkan selamat untuk didiami," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Mohd Sani menambah mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.Beliau berkata  operasi yang turut disertai pasukan Polis Diraja Malaysia itu ditamatkan pada pukul 4.20 pagi.- Bernama

Dinding Hotel Runtuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain