Ahmad Zahid Tak Lupa Kawan Lama! - Semasa | mStar

Ahmad Zahid Tak Lupa Kawan Lama!

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya khabar ibu angkatnya, Cheah Siok Liang, 77, ketika menziarahi warga emas itu sempena sambutan Tahun Baru Cina di Taman Desa Bersatu Sabtu. -fotoBERNAMA

BAGAN DATUK: Seperti tahun-tahun sudah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu meneruskan tradisi mengunjungi kediaman rakan karibnya Beh Song Wan bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini.

Song Wan, 55  yang merupakan rakan karib Ahmad Zahid sejak 27 tahun lalu, menyediakan hidangan seperti kari kepala ikan sembilang, udang galah, pecal, mi goreng, pulut panggang serta limau mandarin untuk Ahmad Zahid serta 200 hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk tiba kira-kira 10.10 pagi dan meluangkan masa  setengah jam di kediaman Song Wan sambil beramah mesra dengan anggota keluarganya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggaul Yee Sang ketika menziarahi Cheah Siok Liang, 77, (tiga, kiri) ibu pada rakan karibnya Beh Song Wan (kiri) sempena sambutan Tahun Baru Cina. -fotoBERNAMA

Pemimpin nombor dua negara itu turut berkesempatan menggaul 'yee sang pecal' bersama-sama anggota keluarga Song Wan termasuk ibunya Cheah Seoh Lian, 77 yang merupakan ibu angkat Ahmad Zahid.

Song wan yang mesra dipanggil Bujang oleh Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita kemudian, berkata kehadiran Ahmad Zahid amat bermakna kerana timbalan perdana menteri itu tidak pernah melepaskan peluang menziarahi keluarganya ketika sambutan Tahun Baru Cina.

"Saya seronok kerana walaupun beliau sibuk, beliau tidak pernah terlepas peluang datang menziarah kami apabila Tahun Baru Cina.

"Ini kali kelima beliau datang selepas kami berpindah ke rumah baharu dan sebelum ini beliau datang ziarah ke kedai sahaja," katanya. -Bernama

sahabat TPM , Beh Song Wan , Ahmad Zahid

Artikel Sebelum

Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Lancar

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain