suria

Kematian Warga Emas, Gajah Dari Malaysia Dipersalahkan

- Gambar hiasan

BANGKOK: Seekor gajah liar dari Malaysia yang merayau masuk ke wilayah Thailand dipersalahkan bagi kematian seorang penoreh getah warga emas di Yala, wilayah di selatan Thailand dekat sempadan Malaysia-Thailand.

Sao Somyos, 75, yang tinggal di kampung Moo 5, ditemui mati di sekitar Tambon Tham Thalu.

Dia mengalami beberapa kecederaan di kepala dan badan.

Mayatnya ditemukan berhampiran pondok mangsa di sebuah ladang getah.

Terdapat kesan tapak kaki gajah di kawasan berdekatan.

Menurut penolong ketua daerah Banang Sata, Chaiwat In-on, pihak berkuasa termasuk pegawai dari taman negara mengesyaki gajah liar itu telah merayau-rayau dari kawasan hutan di Malaysia.

Beliau berkata pihak  berkuasa telah dimaklumkan mengenai kematian lelaki itu pada pada 7.30 pagi semalam.

Sementara itu, ketua taman negara daerah, Sansern Thep-osoth mengesahkan bahawa gajah liar itu telah merayau-rayau dari kawasan di Malaysia.

Beliau berkata ini bukan kali pertama gajah tersebut merayau memasuki wilayah di Thailand untuk mencari makanan.

Sebelumnya, haiwan tersebut telah dihalau balik ke wilayah Malaysia.

-Bernama
Yala, gajah Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain