suria

Kamalanathan Nafi Dakwa Piriya Pernah Cuba Bunuh Diri

Kamalanathan (tengah) bergambar bersama pelajar selepas merasmikan program Frog Class Room Makeover 2018 di SMK Dengkil,Sepang.

SEPANG: "Saya langsung tidak pernah kata bahawa M. Vasantha Piriya memotong pergelangan tangannya," kata Datuk P. Kamalanathan.

Timbalan Menteri Pelajaran tersebut merujuk kepada laporan berita yang mendakwa bahawa beliau berkata, gadis sekolah dari Pulau Pinang yang meninggal dunia selepas dituduh mencuri telefon pintar gurunya pernah bertindak sedemikian pada dua tahun lalu.

"Seorang wartawan wanita berkata dia terdengar bahawa laporan kaunselor tentang kesihatan mental pelajar itu sudah dihantar.

"Bila dia maklumkan kepada saya, saya balas dengan berkata bahawa saya juga mendengar perkara sama, dan saya telah meminta Jabatan Pelajaran Pulau Pinang untuk menghantar semua laporan siasatan kepada pihak polis.

"Saya langsung tidak pernah cakap bahawa dia (mangsa) pernah potong pergelangan tangannya," kata beliau selepas merasmikan Frog Classroom Makeover 2018 di SMK Dengkil, Sepang pada Selasa.

"Jika terdapat elemen salah laku daripada sesiapa di kementerian, kami tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap individu tersebut sekiranya terbukti bersalah," katanya lagi.

R. Muniandy.

Pelajar Tingkatan Dua di SMK Methodist Nibong Tebal itu meninggal dunia pada 1 Februari selepas disahkan koma selama tujuh hari di Hospital Seberang Jaya.

Pada Isnin, bapa mangsa, R. Muniandy, 54 berkata, dia kecewa dengan laporan yang memetik nama timbalan menteri pelajaran tersebut.

"Saya nak tahu mana dia (Kamalanathan) dapat maklumat tentang anak saya pernah cuba bunuh diri.

"Dia tidak berada dalam posisi untuk membincangkan tentang keadaan kesihatan mental anak saya," kata lelaki itu.

Vasantha Piriya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain