suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KWSP Umum Dividen 6.9 Peratus

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan oleh Kementerian Kewangan mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.9 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2017, dengan bayaran sebanyak RM44.15 bilion.

KWSP turut mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.4 peratus untuk simpanan syariah bagi 2017 dengan bayaran sebanyak RM3.98 bilion.

Jumlah bayaran keseluruhan bagi tahun lalu adalah berjumlah RM48.13 bilion iaitu meningkat sebanyak 29.8 peratus berbanding 2016.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, KWSP amat berpuas hati dengan prestasi keseluruhan bagi tahun 2017 yang mana menjadi tahun penanda bagi institusi itu sejak mengendalikan dua jenis skim simpanan dan mengisytiharkan dua kadar dividen mengikut jenis caruman.

"Simpanan Shariah menunjukkan prestasi memberansangkan memandangkan ia merupakan tahun pertama pengisytiharan dividen simpanan ini.

"Ini meyakinkan pencarum tentang kekuatan aset shariah KWSP yang telah bertukar kepada Simpanan Shariah," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

KWSP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain