suria

Orang Awam Dilarang Pakai Ala Tentera Di Esszone

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Tindakan akan diambil terhadap individu yang memakai pakaian seragam berceloreng ala tentera di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berkata, hanya pasukan keselamatan dibenarkan memakai pakaian seragam dan larangan itu bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan orang ramai.

"Mereka yang dilihat membawa senjata api atau barangan seperti senjata juga akan ditangkap," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pasukan keselamatan baru-baru ini menangkap sekumpulan individu yang memakai pakaian seperti tentera di Tawau.

Hazani menggesa orang ramai untuk turut bekerjasama dengan Esscom dan menyampaikan maklumat mengenai individu mencurigakan, yang ditemui memakai pakaian seragam 'camouflage' itu.

Esszone diisytiharkan berikutan serangan berterusan oleh militan dan lanun dari Filipina di perairan Sabah, terutama selepas pencerobohan Lahad Datu pada Februari 2013.

Sebanyak 10 daerah di dalam kawasan Esszone iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau, Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran. 

Esszone, Esscom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain