suria

Istana Selangor Akan Keluar Kenyataan Isu Pingat Tun M

Istana Alam Shah di Klang.

KLANG: Pihak Istana Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai pingat penganugerahan yang dikatakan telah dipulangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kita mengesahkan ia telah dikembalikan," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, Isnin.

Dilaporkan Dr Mahathir memulangkan dua pingat yang dianugerahkan pada 1978 dan 2003, Khamis lalu, selepas Sultan Sharafuddin murka terhadap kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengenai bangsa Bugis.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Dr Rais Husin mengesahkan tindakan Dr Mahathir itu.

Ditanya lagi kenapa keputusan untuk memulangkan anugerah itu dibuat, Dr Rais menjawab: Adalah sangat jelas."

Dilaporkan Dr Mahathir memulangkan pingat itu pada Khamis. Ia diserahkan kepada pegawai kanan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Dr Mahathir yang kini berusia 93 tahun dilaporkan berkata, perhimpunan Pakatan Harapan pada Oktober lalu bahawa rakyat Malaysia dipimpin perdana menteri berketurunan lanun Bugis.

Artikel Lain