suria

Penganjur Maraton Klang Akan Dikenakan Tindakan

Ang (kanan) masih dalam keadaan kritikal dan ketika ini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

KUALA LUMPUR: Penganjur Maraton Antarabangsa Bandar Klang yang dilaksanakan tanpa kebenaran Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Pesuruhjaya Sukan Malaysia Datuk Zaiton Othman.

Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, Zaiton yang turut kesal dengan insiden kemalangan melibatkan tiga pelari yang dilanggar sebuah kereta dalam kejadian pagi Ahad itu, berkata tindakan akan diambil menurut Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997.

"Sebarang penganjuran acara sukan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan sebagaimana termaktub dalam akta tersebut, di samping mendapat kebenaran daripada badan pengelola sukan terbabit, pihak polis serta pihak berkuasa tempatan," katanya.

Beliau juga berkata lesen itu perlu bagi memastikan mereka berkemampuan dari segi kewangan, teknikal serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan badan pengelola sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa,

Katanya pihak beliau tidak menerima sebarang permohonan lesen untuk penganjuran larian tersebut daripada mana-mana pihak.

Dalam kejadian itu, peserta acara berkenaan, Evelyn Ang, 44 masih dalam keadaan kritikal selepas dirempuh kereta dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan serius di kepala.


Zaiton Othman, Klang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain