suria

Tiga Jawatan Naib Presiden Dipertandingkan

KUALA LUMPUR: Tiga jawatan naib presiden akan dipertandingkan, jelas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tetapi kita harap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mendapat undian tertinggi. Kita akan beri sokongan kepada beliau," katanya.

Beliau juga turut menjelaskan usul untuk dua jawatan tertinggi untuk kekal tidak bertanding adalah sejajar dengan perlembagaan parti seperti yang telah dilakukan pada perhimpunan agung parti.

"Malah, perhimpunan agung boleh pinda perlembagaan jika perlu.

"Jika ada calon nak cabar (jawatan presiden dan timbalan presiden), ia akan terbatal dengan sendiri sebab perwakilan sudah buat keputusan sebulat suara dalam perhimpunan agung," katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Dalam pada itu, Najib berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan PAU2017 termasuk usul dibawa dan mood menghadapi PRU14.

"Momentum bagus. Kita tengok pembangkang pun tak konsisten dengan manifesto mereka dan menghadapi masalah kepimpinan yang serius.

"Semangat (perwakilan Umno) untuk menang juga ada dan mereka dibekalkan dengan keyakinan bahawa kita dah buat persiapan rapi (menghadapi PRU14). Kita juga yakin ada agenda yang lebih baik daripada pembangkang," katanya.

Najib Tun Razak, Naib Presiden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain