Sebar Gambar Lucah, Keputusan Bebas Guru Kekal - Semasa | mStar

Sebar Gambar Lucah, Keputusan Bebas Guru Kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan pembebasan seorang guru Bahasa Inggeris daripada pertuduhan menyebarkan gambar lucah kepada seorang gadis remaja tujuh tahun lepas.

''Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan lelaki berumur 38 tahun itu.

Hakim Mohd Zawawi yang mempengerusikan panel itu berkata keputusan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi dalam membebaskan C.Shanmuga adalah betul dan tiada sebab bagi Mahkamah Rayuan untuk mengganggu dapatan kedua-dua mahkamah itu.

Shanmuga didakwa menyebarkan beberapa gambar lucah kepada gadis terbabit yang ketika itu berusia 16 tahun menerusi telefon bimbitnya di Taman Garing Utama, Rawang, Selangor antara 21 dan 27 April 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 26 Januari 2015, Mahkamah Majistret Selayang melepaskan dan membebaskan Shanmuga di akhir kes pembelaan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan pembebasannya pada 16 Ogos tahun lepas.

Peguam Haresh  Mahadevan dan Ramzani Idris mewakili Shanmuga manakala Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mewakili pendakwaan.- Bernama

Sebar Gambar lucah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pekerja Filipina Maut, Kepala Tersepit

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain