suria

Suspek Bunuh Tinggalkan Lori Depan Pintu Masuk Hospital

Anggota polis membuat pemeriksaan kenderaan yang dijumpai pada Khamis. foto Sinar Online

KOTA BHARU: Polis Kelantan berjaya mengesan lori berwarna putih jenis Mitsubishi yang dilarikan suspek utama kes pembunuhan tiga beranak di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab pada Rabu lalu.

Kenderaan itu  dijumpai berhampiran pintu masuk D Hospital Universiti Sains Malaysia, (HUSM) Kubang Kerian di sini Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, kenderaan bernombor pendaftaran WLL 5796 tersebut dijumpai pada pukul 8.30 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kota Bharu dalam keadaan berkunci.

Fakri berkata, kenderaan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa untuk pemeriksaan forensik.

"Bagaimanapun suspek tidak berada dalam kenderaan tersebut.

“Pihak polis akan membuat semakan lanjut berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan tersebut bagi mengesan suspek,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu mempunyai saman daripada Pihak Berkuasa Tempatan negeri berkaitan kesalahan tempat letak kereta ketika dijumpai. - Sinar Online

kes bunuh, Wakaf Mek Zainab

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ikan Gergasi Gemparkan Netizen

Artikel Lain